Welcome To CBR 150R Riders Community

      Selamat Datang Kepada Semua!!
      Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
      Bersyukur kita ke hadhirat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah berjaya membangunkan forum ini. Untuk pengetahuan, forum ini dijalankan dengan ihsan daripada salah seorang sahabat kita yang telah berbesar hati untuk menyumbangkan sedikit ruang di dalam “server” beliau. Diharap kita semua dapat menghargai kemudahan yang “dihadiahkan” ini.
      Adalah diingatkan agar kita semua dapat mematuhi etika – etika dan tatasusila berforum. Di alam maya dan di dunia nyata, kita tetap bersaudara. Oleh itu, sikap saling menghormati serta jujur hendaklah sentiasa dipupuk agar dapat menjadi teras di dalam hubungan sesama kita.
      Sila luangkan sedikit masa untuk membaca peraturan forum yang telah disediakan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terjadinya salah faham dan memudahkan pihak pengurus menjalankan tugas. Pihak pengurus akan sentiasa mengambil langkah proaktif serta reaktif bagi menjamin keselesaan kita semua dalam berforum. Segala tindakan yang diambil tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan bersama.
      Sebelum anda mula berforum, adalah lebih sopan sekiranya anda memperkenalkan diri terlebih dahulu di bahagian perkenalan yang telah disediakan. Sejauh mana anda ingin dikenali dan sejauh mana anda ingin bersaudara, itu terserah pada budi bicara anda. Forum ini memegang teguh kepada prinsip kekeluargaan tanpa mengira siapa anda dan kenderaan apa yang anda tunggang walaupun pasa asasnya ianya lebih menumpukan kepada komuniti pemilik motosikal CBR150R. Dengan kata lain, walau siapapun anda, sekali anda bersama komuniti ini, anda adalah sebahagian dari keluarga dan akan dilayan selayaknya anggota komuniti yang sah.
      Keahlian forum ini adalah percuma. Namun begitu, adalah diingatkan agar kita jangan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. “Membership is not a right but a privilege”. Keahlian anda hanyalah suatu kelebihan tetapi bukan hak mutlak anda. Pihak pengurusan berhak pada bila – bila masa, melucutkan kelebihan anda sebagai ahli forum. Oleh itu, adalah diharapkan agar kita dapat berforum dengan berhemah, saling hormat – menghormati serta mengelakkan daripada membangkitkan isu – isu yang berkaitan dengan peribadi seseorang serta latar belakang politik dan agama.
      Bagi sahabat – sahabat yang mempunyai ilmu yang memadai dalam dunia permotoran dan hal – hal lain yang dirasakan berguna, jangan ragu – ragu untuk berkongsi dengan yang lain. Barang atau material sekiranya dikongsi dengan yang lain, ianya tetap satu, namun ilmu jika dikongsi, akan terus bercambah bak tumbuhnya cendawan selepas hujan.
      Akhir kata, selamat berforum diucapkan buat semua. Ingatlah pada slogan komuniti ini.... Ride & Unite.
      Sekian.
      Ikhlas dari barisan pengurus forum.

Selamat Datang ke Komuniti cbr150r.my

:hurray:

Piala Pusingan iCON of The Month CBR150R.my